TIGA tahun sebelum ini Harry Kane dan Jamie Vardy hanya pemain simpanan yang memanaskan bangku pasukan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketika itu, Kane adalah pemain pinjaman kepada Leicester sebelum dia dikembalikan kepada pasukannya iaitu Tottenham Hotspurs.

Bagaimanapun, nasib kedua-dua pemain itu berubah sejak musim lalu apabila mereka muncul sebagai antara penyerang yang digeruni dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kecemerlangan mereka berdua tidak terhenti di liga sebaliknya turut menjadi ancaman dalam saingan antarabangsa.


Kedua-dua penyerang yang dipilih Roy Hodgson untuk skuad England itu berjaya membuktikan kemampuan masing-masing selepas menjaringkan gol untuk pasukan negaranya.

Dalam perlawanan menentang Jerman, England yang hampir tewas kepada juara Piala Dunia itu kembali memenangi perlawanan hasil jaringan Kane dan Vardy (3-2).

Hasil jaringan kedua-dua pemain berkenaan turut membuktikan bahawa England tidak ketandusan penyerang berskil untuk menempuh aksi Euro 2016.

Three Lions menang di Jerman setelah kali terakhir melakukannya pada 2008. FT Germany 2-3 England #FRIENDLY

Posted by bazookapenaka.my on Sunday, March 27, 2016

Comments

comments