Kalau Ikut Jasa Mahathir, Firaun Juga Pernah Berjasa

KUALA LUMPUR – Seorang pengalisa politik, Dr Aznil Hisham membidas para penyokong Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan tindakan kerajaan ‘memecat’ bekas perdana menteri sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

 

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal perubatan melalui akaun laman sosialnya berkata faktor jasa seorang pemimpin itu tidak wajar dijadikan hujah bagi menghalalkan ‘kerosakkan’ yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap pemimpin negara.

 

“Jasa bukan indikator untuk kita membiarkan negara dan pemerintahan dirosakkan kerana kalau nak fikirkan pasal Jasa, Firaun juga ada pernah berjasa malah beliau pernah menjaga dan membesarkan Nabi Musa.

 

“Firaun juga pernah membina piramid yang merupakan salah satu perkara ajaib di dunia (malah) lebih hebat dari KLCC, namun adakah kerana jasa Firaun itu maka kita perlu setuju dengan apa yang dia buat dan lakukan kepada Musa ketika menyebarkan dakwah” soalnya pula.

 

Terdahulu penyokong Tun Mahathir menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai tidak mengenang jasa dan pengorbanan yang pernah diberikan dilakukan oleh beliau yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun.

 

Malah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

 

“Apakah jasa yang dipecat berbanding dengan yang dipecat” tulis Dr Asri di status Faebook beliau.

 

Menurut Dr Aznil lagi tindakan untuk memecat seseorang individu itu merupakan amalan biasa bagi seorang pemerintah dan ia telah pratikkan sejak zaman pemeritahan khalifah Islam lagi.

 

“Muaaz bin Jabal dan Saad Abi Waqas juga pun pernah kena pecat, namun tidak pula ada dikalangan sahabat Nabi Muhammad SAW yang lain mempertikaikan tindakan Umar as.

 

“Mungkin jasa depa tak sehebat Mahathir kot,” bidasnya lagi. – SuaraTV