Jasa Mufti Perlis, Berjaya Buktikan Pizza Lebih Murah Dari Set Kombo

Oleh: Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

 

 

Saya diberitahu status Mufti Perlis yang membuat lontaran pertanyaan seperti berikut. Saya tidak pasti dia merujuk kepada siapa, tetapi melihat tindak tanduknya yang memang gemar memerli Perdana Menteri dan menghasut rakyat selama ini, juga komen2 followers page beliau yang memaki hamun pemimpin dan kerajaan yang tidak pernah ditegah, ditegur atau dinasihati beliau, saya kira lontaran ini ditujukan atas isu pemecatan Tun M sebagai Penasihat Petronas. Jika benar ia ditujukan kepada senario politik hari ini, saya kira agak malang beliau bersikap sedemikian.

 

Perlu difahami, Tun sudahpun mengkritik hebat DS Najib sejak hampir setahun yang lalu. Adakah beliau dipecat? Tidak.

 

Malah Tun pernah mahu tinggalkan jawatan Penasihat Petronas pada tahun 2013, siapa yang memujuk beliau utk stay jika tidak yang melantik beliau iaitu DS Najib?
Hanya setelah Tun bergabung bersama pembangkang, beliau telah dipecat.

 

Dan berkenaan usaha membanding2kan jasa Tun M vs DS Najib…saya kira amat tidak patut memandangkan Tun memerintah selama 22 tahun dan DS Najib baru memerintah selama 6 tahun.

 

Namun, track record PM kita not bad beb….

 

22 tahun Tun memerintah, banyak jasa yg beliau tinggalkan sebagai bukti kehebatan pemerintahan beliau.
Antaranya:

1. KLCC
2. KLIA
3. Lebuhraya Utara Selatan
4. LRT
5. Putrajaya
6. Proton
7. Jambatan Pulau Pinang
Dan banyak lagi.

 

6 tahun pemerintahan DS Najib, beliau juga telah melakukan banyak jasa utk rakyat. Mungkin tidak sehebat KLCC tapi sumbangannya signifikan dan terbukti.

 

 

 

Antaranya:

 

1. KLIA2 (lapangan terbang terbesar dunia utk penerbangan kos rendah yg penggunanya adalah rakyat marhaen)

2. Tun Razak Exchange (sebuah bandar hub sistem kewangan tercanggih dunia yg akan menempatkan bangunan2 tercanggih lebih hebat dari KLCC.

3. Lebuhraya PanBorneo (dari Sarawak hingga Sabah TANPA TOL).

4. Projek Greater KL

5. Pembinaan MRT moden utk kegunaan rakyat.

6. Keretapi elektrik Padang Besar ke KL yg memendekkan masa perjalanan ke hanya 4 jam sahaja.

7. UTC di seluruh pelosok negara yg memudahkan urusan rakyat.

8. Terminal Bersepadu Selatan yang canggih dan selesa bg memudahkan rakyat marhaen balik kampung esp time raya mcm sekarang.

9. Jambatan ke 2 Pulau Pinang yang tersergam indah.

 

Banyak lagi yang boleh disenaraikan termasuk pengurangan kadar pengangguran serta kejayaan menarik FDI (Foreign Direct Investment) berkali-kali ganda bernilai puluhan ribu billion!

 

Hanya dalam 6 tahun pertama pemerintahan dengan segala macam serangan/fitnah dahsyat dari dalam dan luar negara, banyak bukti jasa DS Najib sudah tersergam indah dan sedang rancak dilaksanakan.

 

Saya percaya jika beliau memerintah lebih lama dan berjaya mengatasi semua tohmahan terhadap beliau, beliau bakal menjadi antara Perdana Menteri paling hebat yang pernah dipunyai oleh negara kita.

 

Tapi macam biasa, cerita karut WSJ akan diimani berbanding bukti-bukti yang tersergam di depan mata.

 

Kita boleh faham jika musuh politik Perdana Menteri dan para macai berpemikiran sedemikian.

 

Namun amat malang jika seorang mufti juga boleh berpemikiran sebegitu dan melontar persepsi bagi menghasut rakyat. Sebab itulah ilmu Islam sepatutnya dipelajari dari negara Islam dan bukan di pelajari dari negara kuffar dan orientalis yang akan merosakkan pemikiran manusia dengan syubhat demokrasi dan liberalisme.

 

p/s: Jasa Mizi dari Perlis adalah: Berjaya membuktikan set pizza ala carte lebih murah berbanding dengan set kombo!!!

 

 

 

Nota:

 

* Penulis adalah merupakan salah seorang pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan dan ia merupakan pendapat peribadi yang dipetik dari laman Facebook beliau dan ia tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV