Hasilkan Coklat Dari Lubang Bontot Sebagai Hadiah Hari Kekasih

Korang sanggup nak makan hasil coklat yang dibentuk dari ‘acuan’ lubang bontot pasangan korang sendiri, sanggup tak?? Euuuuii, memang tak lah! Tapi coklat terhasil dari ‘acuan’ lubang bontot tu pernah menjadi kegilaan pasangan muda, untuk dijadikan hadiah pada hari kekasih.. Pengotor betul pasangan yang sanggup bagi hadiah macam tu kat pasangan dia, macam lah tak ada benda lain yang nak diberikan sebagai hadiah..

Idea gila tu tercetus daripada seorang pelukis British yang dikenali sebagai Magnus Irvin, Magnus membuat coklat dalam bentuk dubur untuk hasil ‘seninya’ yang terbaru.. Selain boleh buat bentuk coklat, korang juga boleh membuat ia menjadi barang kemas.. So, boleh lah korang jadikan benda tu seutas rantai emas dan pakaikannya di leher pasangan korang.. Kalau sanggup nak pakai lah yer.. Hahhahaa..

Korang nak tahu bagaimana benda tu terhasil?? Gambar diatas tu menunjukkan Magnus baringkan pelanggannya dalam keadaan kaki di angkat keatas, kemudian Magnus menuangkan cecair coklat panas di seluruh dubur dan menunggunya hingga mengeras.. Lepas tu benda tu akan dibentuk dan disalutkan ke dalam coklat, kemudian tersedialah coklat tu di dalam bekas yang menarik untuk diberikan kepada pasangan..

Difahamkan, kalau tak nak menggunakan ‘acuan’ bontot sendiri, korang boleh guna ‘acuan’ bontot rang lain.. Omg! Memang betul-betul gila dorang ni, bagi perempuan yang buat tu memang tak tahu malu.. Bagus sangat lah tayang bontot baik punya kat si pembuat tu yer, huh! – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small