Hafiz Suip Cemburu Dengan Tajaan RM25 Juta SamTilla?

Amboi, Hafiz Suip ni.. Tak kahwin lagi dah dengar macam-macam cerita pasal majlis perkahwinan dia yang bakal berlangsung pada bulan Mei ini.. Selalunya kalau artis popular nak kahwin memang ramai orang nak taja..

Macam pelakon Shaheizy Sam kahwin hari tu dengan Syatilla Melvin.. Pasangan ini dapat tajaan bernilai RM25 juta untuk majlis kahwin dorang.. Miss A rasa itu tajaan paling banyak yang pernah diterima oleh selebriti tempatan.. Mungkin Hafiz ni rasa dia artis popular sama level macam Sam, so dia rasa dia pun layak mendapat tajaan berjuta-juta..

Mesti Hafiz nak bersaing siapa yang dapat tajaan paling banyak dengan Sam latteww.. Kalau pelakon popular Sam boleh dapat tajaan RM25 juta.. Hafiz yang merupakan ‘penyanyi popular’ takkan tak boleh dapat tajaan yang banyak macam tu..

Tak salah kalau ada orang nak taja juta-juta.. Tetapi apa yang jadi masalahnya, bila ko sendiri yang minta orang taja majlis kahwin ko juta-juta.. Eee, tak malu ke? Kalau penaja tu rela hati nak taja juta-juta ok la jugak.. Ini orang nak taja, tapi boleh pulak Hafiz nak ‘demand’ harga tajaan.. Patutnya bersyukur la yang diri tu masih ada orang nak taja..

Tak pernah tahu pulak, artis sekarang ini jenis meminta-minta untuk orang taja majlis perkahwinan dorang.. Kalau ada yang nak taja tu ada la, kalau dah nak sampai tarikh majlis kahwin pun masih tak ada yang nak taja, jangan la dok meminta-minta.. Faham-faham la sendiri, u’olls tu tak cukup popular sampai dorang nak taja ribu-ribu ringgit.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-2