Gempa Bumi Lemah Di Lahad Datu – Jabatan Meteorologi

Kuala Lumpur – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 pada skala Ricter berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 5.04 petang Selasa.

 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa, gempa bumi itu berpusat 16 kilometer dari barat daya Lahad Datu.

 

“Gegaran mungkin dirasai di Lahad Datu, Sabah,” kata kenyataan itu.

 

Jabatan berkenaan sedang memantau perkembangan itu dan akan memaklumkan maklumat terkini.



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.