Filem Munafik Dapat Reaksi Positif Penonton

Uolls dah pergi tengok filem ‘Munafik’ ke belum? Miss A dapat tahu ramai penonton yang sukakan filem tu, sampai dorang kategorikan filem itu adalah filem paling seram untuk tahun 2016.. Nampaknya pengarah terkenal Syamsul Yusof memang betul-betul hasilkan satu filem yag sangat baik..

Dah berehat hampir dua tahun dari mengarah sebarang filem.. Sekali dia keluarkan filem, memang betul-betul gempak.. Baru empat hari tayangan, filem tu dah terima puluhan ribu komen positif dari penonton..

Syamsul dapat ilham nak hasilkan filem ‘Munafik’ ini lepas balik dari dengar ceramah agama.. Waktu tu, penceramah keluarkan topik pasal ‘munafik’.. Itu yang Syamsul balik buat research, dan terus hasilkan filem..

Terdiri dari pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Syamsul, Fizz Fairus, pekin Ibrahim dan ramai lagi.. Ramai penonton yang bagi kredit pada mutu lakonan Nabila.. Betul-betul menghayati watak..

Mungkinkah filem ini akan berjaya mendapat kutipan yang tinggi macam filem ‘Ola Bola’? Tunggu jelah berapa kutipan untuk filem seram ini, uolls yang suka filem seram jangan lupa saksikan filem ini di pawagam terdekat.. Sokong filem tempatan, jangan dok tunggu nak download kat internet jerr.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-5small