Facebook Messenger Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru Mesra Material Design

Facebook telah menguji rekaan antaramuka baru mesra Material Design di Android sejak beberapa bulan yang lepas, dan hari ini, Facebook secara rasminya mengumumkan pengenalan antaramuka tersebut secara meluas kepada semua pengguna.

Facebook Messenger

Melalui antaramuka baru ini, ia membawakan rekaan yang lebih kurang sama dengan rekaan aplikasi Messenger daripada Google – dimana ia menggunakan rekaan berwarna biru dengan bar pada bahagian atas untuk menu, disamping sebuah butang terapung pada penjuru kanan bawah untuk memulakan sebarang perbualan.

Seperti biasa, pengenalan kemaskini baru ini adalah berperingkat, dan anda akan dapat melihat antaramuka baru ini dalam kemaskini baru Facebook Messenger pada peranti Android anda.

ep2p-5small