Empat Sebab Untuk Anda Menyukai Samsung Galaxy S7

SAMSUNG Galaxy S7 telah pun mula berada di pasaran semalam, 11 Mac. Belum pun sehari, ia sudah pun menerima banyak ulasan positif, malah ada yang melabelkan S7 sebagai Android yang terbaik pernah dikeluarkan.

 

Kami kumpulkan beberapa fakta khas untuk anda yang sedang berfikir untuk mendapat telefon siri S terbaharu ini.

 

KAMERA

 

Perlu diletakkan di tempat paling atas sebagai kelebihan utama telefon ini. Bukan sahaja saiz piksel yang besar (5MP kamera hadapan, 12 MP kamera belakang), tetapi ia juga mempunyai kemampuan menghasilkan gambar yang cantik dan terang walaupun dalam keadaan pencahayaan yang sedikit, tanpa menggunakan flash.

 

KALIS AIR

 

Paling tahan lasak dalam banyak versi siri S, S7 mampu bertahan di dalam air setinggi 5 kaki selama 30 minit.

 

SAMSUNG PAY

 

Sistem pembayaran melalui telefon pintar majoritinya menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC). Biarpun teknologi ini sudah semakin banyak digunakan oleh peruncit, namun masih ada sebilangan yang tidak menggunakannya.

 

Berbeza dengan sistem Samsung Pay yang boleh digunakan dengan hampir semua terminal pembayaran. Ini bermaksud pembayaran melalui kad kredit diterima walaupun tanpa sokongan NFC.

 

MEMORI

 

Jika saiz memori 32GB tidak mencukupi, pengguna boleh menambah saiz sehingga 6 kali daripada saiz asal, iaitu sehingga 200GB. – Awani



This entry was posted in Gaya Hidup, Terkini. Bookmark the permalink.