Dari Budak Pejabat Jadi Juruterbang

Kerjaya sebagai Mat Despatch tidak mematahkan semangat bagi  seorang anak muda untuk mengapai cita-cita  menjadi seorang juruterbang bertauliah tercapai.

 

Kugan Tangiisuran memulakan kerjaya sebagai Mat Despatch di Pejabat Air Asia dan telah mencuba beberapa kali ujian kemasukan ke sekolah penerbangan namun gagal.

 

kegigihan anak muda ini turut dilihat oleh Tony Fernandes dan beliau dapat melihat potensi yang ada dalam diri Kugan namun beliau tidak memberikan kemasukan secara terus ke sekolah penerbangan kepada Kugan walaupun dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana mahukan Kugan berusaha untuk mencapai cita-citanya.

 

Dan kini, berkat usaha beliau, kini telah berjaya bergelar sebagai juruterbang dan telah menerbangkan pesawat Airbus milik Air Asia.

 

Kisah yang memberi insiprasi ini telah dimuat naik di facebook oleh Syahril A. Kadir telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka menyanjung tinggi usaha yang telah dilakukan oleh Kugan seperti yang dilakukan oleh Bob Faizal.

 

“Very inspiring..Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. dont ever give up. Aku suka kata-kata “the view is beautiful at the TOP” tulisnya.

 

Jamalee Bashah juga mengangap kisah tersebut sangat hebat dan memandang tinggi usaha yang telah dilakukan oleh Tony Fernandes kerana usaha tersebut telah membuka ruang kepada anak muda seperti Kugan.

 

“Kisah inspirasi yang hebat…Selain daripada keazaman dan usaha yang boleh kita contohi daripada saudara Kugan dan Iswara, apa yang Tony lakukan di dalam membantu 2 anak muda ini tidak boleh diletak tepi.

 

“Kita perlukan orang yang berjaya seperti TOny untuk memberi peluang dan membuka pintu kepada masyarakat untuk mengubah kehidupan mereka.” ujarnya.

 



This entry was posted in Laporan Khas, Terkini. Bookmark the permalink.