TEXAS, AS – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun membuat pukulan pertamanya di lapangan golf dengan Tiger Woods sedang menonton, dan dia mencipta hole-in-one.

Pemain junior PGA dari Texas Selatan Taylor Crozier melangkah untuk membuat tee di The Playgrounds di Bluejack National, Montgomery di sini dan pukulan sulungnya terus masuk ke lubang par 3, sejauh 81 ela itu, sehingga membuatkan penonton dan Woods bersorak.

Woods memuat naik video YouTube pukulan itu ke akaun Twitter. Dia berlari kepada budak itu dan memeluknya, senyum dan ketawa, kemudian menjerit kepada penonton: “pukulan sulung dan dia memasukkannya!”

Woods kini berehat daripada Jelajah PGA sementara pembedahan belakangnya belum pulih. – AP