Bersih 2.0 Boikot Deklarasi Rakyat


Penganjur Himpunan Bersih 2.0, Maria Chin menjelaskan bahawa dia menyokong seratus peratus Deklarasi Rakyat, namun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 itu memboikot Deklarasi Rakyat dan tidak mahu terlibat langsung dengan pertubuhan itu.

Salah satu sebab mengapa mereka mengambil sikap berkecuali adalah kerana pertubuhan tersebut di ketuai oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah pertubuhan atas kerjasama Pakatan Harapan itu langsung tidak akan memberi sebarang manfaat kepada Bersih 2.0.

Tegas Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0, Deklarasi Rakyat langsung berbeza dengan inisiatif rakyat, maka mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyatakan sokongan. Tiada perjuangan bagi menuntut keadilan kepada rakyat, pertubuhan tersebut hanya berlandaskan kepentingan peribadi masing-masing.

Tambahan pula, antara sebab lain mereka mengambil sikap berkecuali adalah, bagi mengelakkan pertubuhan NGO tersebut membelanjakan sebahagian dana kepada ‘PakaTUN’ yang langsung tidak memberi sebarang keuntungan kepada Bersih 2.0.

“Oleh itu, Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan tidak akan terlibat dengan Deklarasi Rakyat dan tidak akan menggunakan dana untuk aktiviti berkaitannya,” kata Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0.

Namun begitu, Maria tetap menyokong dan menandatangani Deklarasi Rakyat hanya disebabkan rasa kesian dan terhutang budi. Tindakannya itu juga disebabkan kapasiti individu dan aktivis hak asasi, tetapi tidak mewakili pertubuhan itu.

Maria memilih untuk menyokong hanya dengan syarat Deklarasi Rakyat itu bukan sahaja menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, malah menuntut pilihan raya adil dan bebas di samping reformasi institusi.

Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 turut menjelaskan, ada diantara beberapa NGO tidak bersetuju dengan tindakan bodoh Maria yang menandatangani deklarasi inisiatif Dr Mahathir itu tetapi menyokongnya sebagai hak individu.

“Bersih 2.0 sebagai pertubuhan tidak akan menandatangani Deklarasi Rakyat kerana, dua tuntutan yang terkandung dalam deklarasi itu sama dengan tuntutan kami pada Himpunan Bersih 4.

“Tuntutan itu ialah Najib mesti meletak jawatan dan reformasi institusi mesti dilakukan untuk mengelak berulang skandal seperti 1MDB,” katanya. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2