Benitez Kembali Ke EPL, Mulakan Latihan Mengejut

LONDON: Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez kembali ke kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris, malam Jumaat apabila dilantik sebagai pengurus baharu Newcastle United.

Benitez kini menggalas tanggungjawab berat untuk menyelamatkan Newcastle daripada tersingkir pada liga divisyen dua musim depan.

Pengendali dari Sepanyol yang dipecat Real Madrid awal musim ini, menandatangani kontrak tiga tahun bersama Newcastle.

Newcastle kini menduduki tangga kedua tercorot liga dengan baki hanya 10 perlawanan yang perlu diharungi.

Pelantikannya diumumkan hanya beberapa jam selepas Newcastle mengesahkan mereka memecat pengendali sebelumnya, Steve McClaren.

“Saya berbesar hati untuk mengesahkan yang saya komited terhadap kelab legenda Inggeris, dengan cabaran besar menanti pada baki saingan Liga Perdana Inggeris.


“Ia adalah cabaran bukan saja buat saya dan barisan kejurulatihan, tetapi juga buat pemain, kelab dan peminat-peminat,” kata Benitez.

Rafa Benitez juga membatalkan cuti pemain dan memulakan latihan secara mengejut sebaik sahaja dilantik bagi menggantikan Steve McClaren pada Jumaat.

Tindakan Benitez memanggil kesemua pemain untuk memulakan latihan kerana dia dilapor tidak mahu membuang masa dalam usaha menyelamatkan kelab berkenaan daripada berada di zon penyingkiran.

Benitez sebelum ini dipecat sebagai jurulatih Real Madrid selepas tidak sampai semusim dilantik mengemudi kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Bagaimanapun pada Jumaat, dia dilantik sebagai jurulatih Newcastle selama tiga tahun dan bertanggungjawab memastikan kelab tersebut tidak tersingkar daripada Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam latihan pertama itu, Benitez dilihat memerikan motivasi kepada para pemain kerana mahu mereka bangkit menjadi pencabar.

Comments

comments

ep2p-2