Bakal Berlatih Di Watford FC, Kogi & Dinesh Bebas Bermain Pada Jun

Frenz International Cup 2012Dua pemain yang ditagih khidmatnya di kem Pahang, R. Dinesh dan M. Kogileswaran hanya akan dibenarkan beraksi pada jendela kedua pintu perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) 2016.

Pintu perpindahan pemain Liga Malaysia 2016 kedua yang ditetapkan pada musim ini bermula pada 20 Jun hingga 15 Julai 2016.

Jawatankuasa Status FAM menolak aduan Kelab Bolasepak Frenz United dan memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili pertikaian ini memandangkan perjanjian antara Kelab Bolasepak Frenz United dan kedua-dua Pemain adalah berkaitan Kontrak Biasiswa.

Disebabkan itu, Peraturan Status Perpindahan Pemain tidak terpakai dan platform yang dikira sesuai adalah di Mahkamah Undang-Undang.

Bagaimanapun kedua-dua pemain dikenakan Sekatan Kesukanan dan tidak boleh didaftarkan daripada bermain dalam semua pertandingan Liga M sehingga permulaan Jendela Perpindahan Pemain kedua.

Menurut badan induk negara itu lagi, sekiranya kes ini tidak diselesaikan sebelum tempoh tersebut, kedua-dua Pemain bebas untuk didaftar pada jendela perpindahan tersebut, tertakluk kepada syarat perpindahan yang lain.


Dalam entri terbaru bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC, Fahrizal Hasan memaklumkan dia telah berhubung dgn Harry Kewell, jurulatih Watford bawah 21 tahun dan membincangkan program usahasama membabitkan kedua pemain tersebut.

Kewell bersetuju menawarkan Dinesh dan Kogi untuk berlatih selama bulan di England bersama kelab itu.

“Mereka akan berlatih bersama skuad bawah 21 tahun Watford FC sementara menunggu jendela perpindahan kedua untuk didaftarkan bersama Pahang FC.”

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bolasepak Melayu Kedah diarah membayar pampasan tuntutan gaji kepada lima pegawainya di antara Mac hingga Disember 2015, termasuk  legenda penjaga gol Kedah, Ahmad Sobri Ismail yang berjumlah RM109,700.

Comments

comments

ep2p-2