Apple Maps Kini Memaparkan Data Trafik Jalan Raya Untuk Pengguna Malaysia

Apple telah memulakan perkhidmatan peta mereka sendiri beberapa tahun yang lepas, dan sejak daripada itu, telah menambah sedikit demi sedikit fungsi padanya. Salah satu fungsi yang disediakan pada Apple Maps adalah kebolehan melihat kemaskini trafik masa-nyata – tetapi ia tidak boleh diakses pengguna tempatan, sehinggalah ke hari ini.

Terkini, Apple telah pun memperkenalkan sokongan paparan data trafik jalan raya untuk pengguna tempatan. Melaluinya, Apple menggunakan tanda berbentuk titik berturutan dalam warna jingga atau merah – memperlihatkan kesesakkan pada jalan-jalan yang ditandakan.

Apple Maps

Sokongan ini diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia dan Singapura. Sekiranya anda aktif menggunakan Apple Maps, mungkin boleh menyemak fungsi ini hari ini dan menggunakannya dalam merancang perjalanan anda.

ep2p-2