Anwar Ibrahim Semakin TENAT Di Dalam Penjara

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh, dilaporkan semakin ‘tenat’ dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber yang diperolehi, Anwar dimasukkan ke HKL jam 5.30 petang semalam untuk rawatan lanjut selepas sering mengadu sakit.

Walau bagaimanapun, sumber yang diperolehi tidak mendedahkan sakit yang dihadapi Anwar sehingga terpaksa mendapatkan rawatan segera itu.

Seperti yang diketahui, Anwar sebelum ini sering mengadu sakit bahu disebabkan luka lamanya dan sakit belakang disebabkan faktor usia beliau yang semakin berusia.

Dengan kemasukan Anwar ke HKL bagi mendapat rawatan susulan, jelas menunjukkan kerajaan melalui Jabatan Penjara prihatin dan ambil kisah terhadap kesihatan bekas ketua pembangkang itu.

Ini sekaligus menafikan tuduhan-tuduhan puak pembangkang, yang mengatakan kerajaan tidak prihatin dan bertindak kejam dengan tidak membenarkan rawatan diberikan ke atas Anwar. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small