Anak Kambing Berkepala Dua Viral Di China

Satu rakaman video viral telah menarik perhatian di media sosial, rakaman tu menunjukkan seekor anak kambing yang dilahirkan dengan dua kepala di wilayah Sichuan, China. Video itu telah menjadi tumpuan media sosial sejak minggu lalu..

Sebelum ni viral ayam ada empat kaki, kali ini di bandar Leshan, China terdapat anak kambing berwarna hitam dilahirkan dengan dua hidung, dua mulut dan dua pasang mata tetapi hanya mempunyai empat kaki.. Memang rare dan pelik lah! Kambing tu dah macam kembar tetapi berkongsi satu badan jer..

Kalau korang nak tahu keadaan itu dikenali sebagai polisefali dan bukan kali pertama terjadi, sebelum ni ada seekor anak kambing biri-biri dilahirkan dengan dua otak di bandar Hohhot, Mongolia pada Oktober 2014.. Haiwan polisefali ini terbentuk daripada keadaan serupa dengan janin kembar siam yang terbahagi daripada satu telur selepas disenyawakan..

Walaupun anak kambing pelik tu berbeza daripada anak kambing lain, anak kambing tu tetap sihat dan mampu berjalan sendiri.. Namun, bagi kebanyakan haiwan berkepala dua ni selalunya otak salah satu daripada kepala tu kebiasaannya tidak terbentuk dengan sempurna dan kurang ‘berfungsi’ dalam kehidupan harian.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small