Anak Dapat 9A, Ajai Belikan Kereta Sebagai Hadiah

Sejak keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia keluar, nampaknya nama anak Ajai dan Nurul Wahab masih lagi menjadi buah mulut netizen.. Ramai netizen yang memuji kejayaan anak Ajai, iaitu Ayu Nazirah yang berjaya memperoleh keputusan 9A..

Ramai juga yang dok tertanya-tanya apa ganjaran atau hadiah yang akan Ajai berikan kepada anaknya itu.. Adakah anaknya akan dimewahkan dengan dihadiahkan kereta sport atau BMW..

Selalunya kalau anak-anak artis macam ni, kalau dapat keputusan elok memang suka dimanjakan dengan kemewahan.. Miss A rasa, kalau Ajai  nak beli kereta mewah kat anak dia sebagai hadiah pun boleh..

Tapi, Ajai sendiri dah beritahu memang dia akan menghadiahkan anaknya itu sebuah kereta.. Tapi, hanya kereta yang bersesuaian sahaja, dan tak akan terlalu memanjakan Ayu dengan membeli kereta mewah..

Baguslah kalau semua ibu bapa tak terlalu manjakan anak-anak dorang dengan kemewahan.. Baru dapat keputusan cemerlang dalam SPM, dah dihadiahkan kereta mewah.. Kalau boleh nak heboh satu dunia anak dia tu pandai.. Bersederhana itu adalah lebih baik.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-2