Akuan Sumpah Phang Li Koon Diragui!!

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Irfan Zaimi Md Tahar hari ini membuat laporan polis berhubung akuan sumpah Phang Li Khoon berhubung penjualan rumah banglo mewah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Menurut Irfan, akuan sumpah yang dibuat Phang agak meragukan kerana menurut sumber yang diperolehi dari Invest Penang.., jelas menyatakan Phang mempunyai saham sebanyak 20% di dalam syarikat Winbond Management and Consultantcy Sdn Bhd.

Oleh demikian, Irfan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan secara terperinci kerana terdapat keraguan di dalam akuan sumpah yang dibuat Phang.

“Di perenggan 12 Surat Akuan Bersumpah tersebut, beliau menyatakn bahawa ‘I have no business dealing with the state goverment’. Saya mengesyaki bahawa apa yang diikrarkan oleh beliau tidak tepat.

“Ini adalah kerana berdasarkan laman web ‘Invest Penang’ sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tertera syarikat Winbond Management and Consultantcy Sdn Bhd sebagai salah sebuah syarikat yang diberi kebenaran untuk membekalkan pekerja asing di Pulau Pinang.

“Phang Li Koon adalah merupakan pemegang saham sebanyak 20% syarikat tersebut. Oleh yang demikian saya memohon agar pihak PDRM dapat menyiasat perkara ini,” kata Irfan.

Phang sebelum ini membuat akuan sumpah, bahawa penjualan rumah banglo mewahnya kepada Guan Eng dibawah paras harga pasaran tidak mempunyai sebarang unsur rasuah atau habuan.

Menurut Phang, beliau menjual rumah tersebut dibawah harga pasaran kepada Guan Eng kerana telah lama mengenali Guan Eng, dan terhutang budi kepada Guan Eng kerana sanggup menyewa rumahnya sejak 2009. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small