Adele Akan Berehat Dari Dunia Seni


KEPADA peminat Adele, harap jangan kecewa!

Ini kerana penyanyi yang mencipta fenomena pada tahun 2011 dengan lagu ‘Someone Like You’ dan terbaru “Hello” dan ‘When We Were Young’ dilaporkan akan berehat selama lima tahun.

Memetik laporan The Daily Mail, dikhabarkan penyanyi itu mahu memfokuskan dirinya dengan keluarga setelah selesai siri jelajah konsert bagi mempromosikan album ‘25’.

Setakat ini beliau telah membuat sebanyak 105 persembahan di Eropah dan Amerika.

Siri jelajah konsert Adele bakal berakhir pada November 2016, iaitu setahun selepas pelancaran album ’25’.

Album ’25’ menjadi album pertama di Amerika Syarikat yang terjual melebihi tiga juta unit dalam tempoh seminggu.

Sebelum melancarkan album itu, beliau berehat selama tiga tahun untuk fokus kepada anaknya, Angelo James Konecki.

ep2p-2