‘7A’ Bukan Penentu Masa Depan

KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki berkongsi kejayaannya dan memberi nasihat kepada generasi muda supaya rajin dan berusaha dalam mencapai matlamat hidup.

 

Menurutnya, tidak semuanya orang yang bijak mendapat markah A dalam keputusan peperiksaan dan memperolehi 4 flat semasa belajar di Universiti akan mendapat pekerjaan tetap dan mampu hidup mewah.

 

Katanya, selagi tidak berjaya, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan.

 

Menceritakan dia pernah menjual burger dan membuat pelbagai pekerjaan akhirnya dia berjaya menjadi seorang jurukamera perkahwinan, memiliki keluarga dan kereta idaman walaupun tidak memiliki keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

 

“Now abang dah jadi ‘wedding photografher’ yang boleh berdikari sendiri. Tanpa sijil SPM 7A, abang berjaya kahwin, beli rumah dan terbaharu memiliki kereta kuning itu melalui titik peluh sendiri.

 

“Ingatla dik, 7A bukan penentu masa depan, Allah s.w.t. pemberi rezeki kepadamu dan dia beri dalam apa jua keadaan doa dan tawakkal sentiasa, jangan malas,” pesannya. -SuaraTV



This entry was posted in Laporan Khas, Terkini. Bookmark the permalink.