Ustaz Dibelasah 'Polis Samseng' Di Balai Polis Gurun

Seorang guru agama mendakwa cedera di kepala dan tangan setelah dipukul, ditumbuk dan digari oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun, Kedah pada Selasa lalu.. Apa cerita ini?? Kena aniaya ke ni??

Difahamkan, kejadian berlaku semasa mangsa, Mohd Na’im Zakaria, 29 yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun dalam pejalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak, selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani..

Sampai di tempat kejadian, seorang anggota polis berpangkat sarjan telah menahan Na’im dalam sekatan jalan di hadapan balai terbabit, dan meminta lesen memandu untuk diperiksa..

Ketegangan berlaku di tempat kejadian, selepas anggota polis terbabit menanyakan pasal kuasa motosikal yang Na’im tunggang, namun selepas Na’im dah menjawab pertanyaan itu.. Tiba-tiba tak ada angin dan ribut terus dia dimaki dan dimarahi gara-gara tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.. Sebab itu je kena ‘bantai’??

Selepas kena maki kaw-kaw, anggota polis terbabit dan seorang koperal kemudian bertindak pulak menggari tanggan Na’im dan membawanya masuk ke dalam balai berkenaan tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan..

Rupanya sebaik saja masuk ke dalam balai itu, Na’im mendakwa mereka menyepak kaki, tumbuk belakang dan kepalanya, kemudian dia diheret seperti seorang penjenayah.. Selain itu, mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya Na’im sebagai seorang guru..

Perbuatan anggota polis terbabit menyebabkan kepala Na’im berdarah dan lebam di bahagian tangan akibat digari.. Dah lah Na’im ditahan di dalam lokap lebih hampir lima jam, sehingga kini dia trauma dan terkilan dengan tindakan anggota polis terbabit terhadapnya..

Selepas kejadian itu, dia bertindak membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah pada keesokkan harinya semasa mendapatkan rawatan di hospital itu..

Difahamkan,  Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan juga siasatan dalaman dari sudut tatatertib turut dilakukan terhadap dua anggota polis tersebut.

Apa yang berlaku terhadap Na’im ini kes aniaya je, tak ada kesalahan dilakukan tapi kena ‘bantai’ seperti seorang penjenayah melakukan kesalahan berat je.. Kena bantai pun sebab tak puas hati dengan jawapan diberikan je pun! Memang polis terbabit menunjukkan sikap tidak berprofesional semasa melakukan tugas! – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2