Tudung Bawal Kalis Api Neraka!!

Rasanya nama jenama tudung Bawal Exclusive (BE) bukan lagi asing dalam dunia fesyen.. Setiap tudung yang dikeluarkan oleh BE pasti akan menarik perhatian orang ramai.. Korang tahu kenapa?? Tudung jenama BE ini bukan saja menarik perhatian dari segi penggunaan materialnya, malah harganya pun sangat ‘menarik’ u’olls!

Korang lihat gambar diatas itu, harga sehelai tudung itu dah mencecah sampah RM5000 lebih u’olls.. Korang mampu ke nak beli?? Agaknya tudung tu kalis api neraka kot noh… Kalau Miss la, tak adanya nak habis duit untuk sehelai tudung yang harga beribu-ribu hinggit, rabak poket selama setahun..

Dengan duit sebanyak RM5000 hinggit tu dah boleh beli sebuah motosikal, siap bayar cash lagi! Pakai tudung untuk alas atas kepala dan menutup aurat jer pun, tapi harga yang dijual tu boleh buat orang sakit jantung jer! Huhuuuhu..

Kalau korang nak tahu, setiap rekaan tudung Bawal Exclusive ini pasti akan dihiaskan dengan batu kristal Swarovski yang menjadi elemen utama rekaan BE.. Batu Kristal itu memang mahal, lebih-lebih lagi ia diimport dari negara luar.. Itu sebab harga tudung BE mahal nak mampos! Agaknya yang paling murah pun seratus je kot..

Datin-datin, Puan Sri ke atau orang yang mampu ni, boleh lah nak beli.. Kalau korang yang tak mampu tu tak perlu lah cuba nak beli, beli jer lah yang setakat korang mampu.. Tak merugikan pun kalau tak beli, beli yang murah-murah pun dah selesa pakai.. Yang penting dapat menutup aurat dengan sempurna, betul tak??

Kalau beli pun terasa sayang nak pakai, buat hiasan dalam cermin kaca di rumah jer.. Lagi satu tu risau lah pulak kalau kena ragut, kebiasaan orang ragut beg.. Mana nak tahu kan peragut itu nampak tudung yang dipakai mangsa jenama BE, terus tarik tudung nak ragut! Hihhihii.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2