Terkini!! Mukhriz umum letak jawatan MB Kedah serta merta

Mukhriz Mahathir baru sahaja mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta dalam satu sidang media di Wisma Darulaman sebentar tadi.

Beliau bertindak demikian ekoran dari tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti Ketua-ketua Umno Bahagian dan juga krisis sokongan terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak.

Dimaklumkan bahawa SUK akan mengumumkan perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru lebih kurang pukul 11 pagi nanti.

Dijangka juga, jawatan Mukhriz akan diisi oleh Datuk Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baru. – Utaranews.com

ep2p-5small