Sudahlah Wahai Rafizi!!!

KALAULAH tidak berwaspada dengan putar belit pembangkang, nescaya kerajaan pasti ‘terjerat’, sebelum terkulai hilang kuasa.

Trend spin atau putar belit yang dilakukan pakatan pembangkang semakin menular dalam setahun dua ini sehingga mencemaskan dan mengelirukan banyak pihak. Dijangkakan kian agresif dalam dua tahun mendatang ini.

Banyak sudah kes spin sebegini. Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tian Chua, malah Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin apabila kena saman, sekadar ungkapkan permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barang kali dia menyesal? Tak tahulah.
Tambah menghairankan lagi, Rafizi terutamanya apabila diheret ke mahkamah dan disoal peguam, barulah bersuara bahawa kenyataannya mengenai isu ‘lincin’ hanyalah jenakanya atau berseloroh.

Patutkah begitu? Kebiasaannya apabila kedudukan perkara sebenar diperjelaskan, tidak akan ada sebarang maklum balas daripada pembangkang. Kalau adapun, menafikan jauh sekali. Mahu ‘ditokok tambah’ lagi ada.
Malangnya, putar belit itu ‘melekat’ bagaikan gam dalam fikiran sebilangan orang. Damage has been done.

Kita rakyat Malaysia pastinya masih segar dengan isu dakwaan Pe­nasihat PKR, Anwar Ibrahim pada kempen pilihan raya umum lalu bahawa warga Bangladesh ko­nonnya dijadikan ‘pengundi hantu’. Tetapi sehingga kini tiada langsung permohonan maafnya. Terbukti bohong semata-mata.

Sandiwara pembohongan 16 September 2008, masih ingatkah? Ketika itu ada kalangan wakil pembangkang sendiri telah dibohongi kononnya sejumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan me­lompat sudah lebih daripada mencukupi.

Yang di-Pertuan Agong pula dikatakan kononnya sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk pakatan rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan. Malah baginda dikatakan sudah berkenan dan merestui ‘YB Permatang Pauh’ sebagai Perdana Menteri keenam. Dikatakan nombor plat kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6.

Rakyat digula-gulakan manakala wakil rakyat pembangkang disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh pakatan rakyat.

Ada bertanyakan penulis, Rafizi ini ‘gempak dan gertaknya’ sahaja yang lebih.

Jika dipulangkan kembali paku buah keras, mampu pula dia ‘pu­sing’ balik 360 darjah terhadap para pengkritiknya.
Terbaharu, Rafizi sedang berdepan dengan persoalan yang dibangkitkan ramai terutama netizen bahawa mengapa dia masih memiliki simpanan hampir RM500,000 dalam akaun Tabung Haji? Sedangkan dia sendiri ‘amat percaya’ institusi itu sudah rugi sejak 2014, rizabnya negatif dan tidak mampu bayar dividen. Adakah dia sedang menikmati bonus yang baru diumumkan?

Ini perlu dijawab oleh Rafizi.
Hakikatnya, berhadapan de­ngan kebenaran bagi pembangkang sesuatu yang menyakitkan. The truth hurts.
Kerana itu kita dapat melihat reaksi mereka terhadap segala program yang dijayakan kerajaan bagaikan tindak balas chimpanzee dalam sarkas kerana kebenaran itu telah ‘menusuk’ mereka.
Rafizi!, kamu cukup-cukuplah.

ep2p-2