Seruan Jihad Berdarah Dari Penyokong Mahathir

 ‘Ayuh semua bangkit, BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA dengan singkirkan Najib’! Itulah seruan jihad berdarah yang terngiang-ngiang di telinga para penyokong bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dengar khabar sekiranya Mahathir di tangkap pihak polis, maka para penyokong dan geng-geng yang sanggup berkorban untuk Mahathir ini bakal bersatu padu dan dengan pastinya pertembungan berdarah bakal terjadi. Itu janji para penyokong jihad Mahathir kepada ‘balaci-balaci’ Najib.

Baru-baru ini terdengar juga khabar angin menyatakan menerima seruan jihad tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Konon seruan tersebut adalah bagi mengumpul satu kerjasama yang padu, bagi menjayakan usaha mereka untuk menggulingkan perdana menteri.

Habis semua tokoh-tokoh aktivis, pemimpin bukan kerajaan (NGO), kumpulan blogger, bekas pemimpin mahasiswa, bekas tahanan ISA dan mereka-mereka yang mempunyai pengaruh dihantar mesej berantai tersebut. Tujuan utama mesej tersebut disampaikan kepada mereka ini adalah bagi memudahkan kerja mereka untuk menarik lebih ramai pengaruh dan sokongan daripada rakyat.

Namun apa yang menggelikan anak tekak adalah, korang perasan tak skrip perjuangan jihad oleh penyokong Mahathir ini, persis seperti sewaktu usaha Mahathir untuk menggulingkan Abdullah Badawi atau Pak Lah yang pada ketika itu menjadi perdana menteri. Drama ni macam diulang tayangkan semula je kan??

Jika diflashback semula, tindakan yang dibuat Mahathir dahulu dan tindakan yang mahu dibuatnya sekarang ini tiada bezanya langsung. Motif asal bukannya mahu selamatkan negara daripada transformasi Najib yang ‘memusnahkan’ negara, akan tetapi dibuat bagi melindungi kepentingan diri sendiri dan para kroninya.

Dahulu ketika Mahathir mahu mengulingkan Pak Lah, ‘skrip lapuk’ yang hampir sama telah digunakan atas nama ‘Seruan Jihad Selamatkan Negara’. Namun apabila Pak Lah berjaya digulingkan, adakah Mahathir meneruskan sebarang usaha untuk memastikan semua wang negara yang dikatakan telah dibawa lari, dibawa pulang? Gomez tengok sama je takde perubahan pun.

Dahulu si Maddey Kutty ni kata negara tengah nazak dibawah pimpinan Pak Lah, sekarang ni nak kata negara nazak lagi ke bila Najib uruskan?? Apa sudah jadi pada puluhan juta saham negara yang dikatakan dilarikan oleh Khairy, menantu Pak Lah ke Singapura? Sudah dimiliki semula atau Mahathir dah jual terus dan masuk poket sendiri?

Semua dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Mahathir kepada Pak Lah terus lenyap selepas dorang berjaya gulingkannya. Biasa la bila Mahathir sudah puas hati baru la dia diam. Nampak sangat yang usaha Mahathir nak gulingkan Pak Lah dan Najib ini hanya untuk keuntungan diri sendiri sahaja. Dasar mamak kerala.. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2