Satu Lagi Projek Pembaziran Kerajaan DAP Pulau Pinang!!

Sebelum ini, Andy telah mendedahkan satu pembaziran dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang membina laluan berbasikal bernilai RM30 juta di negeri itu.

Dengan jumlah yang dinyatakan itu, ia jelas tidak berbaloi dengan hasilnya apabila ‘projek’ terbabit hanya menumpang laluan pejalan kaki dan menggunakan cat cap AYAM yang mudah tertanggal.

Bila dah ada laluan, sudah pasti kawasan meletak basikal ini perlu dibina…. Kerajaan negeri dengan pantasnya telah membina sebuah tempat meletak basikal yang ‘moden’ di kawasan Gurney.

Andy tidak pasti sama ada kos projek tempat meletak basikal ini dikira sekali dengan jumlah RM30 juta untuk membina laluan basikal ataupun tidak… Tetapi apa yang pasti, projek ini merupakan satu projek pembaziran kerajaan negeri.

Apa yang membazirnya projek pembinaan tempat meletak basikal ini?? Bazirnya kerana pembinaan ini tidak akan digunakan oleh mana-mana golongan berbasikal!!

Mana tidaknya, tempat meletak basikal ini tidak mempunyai ‘safety’ langsung kerana pengguna terpaksa mengangkat tayar hadapan keatas, yang berkemungkinan pengguna akan ‘termakan’ handle basikal.

Selain itu, pengguna juga terdedah dengan risiko kehilangan basikal serta komponennya kerana kunci hanya disediakan di bahagian hadapan tayar.

Jadi, jelas projek meletak basikal ini merupakan satu pembaziran negeri walaupun tidak diketahui kosnya… Daripada kerajaan negeri membazir membina tempat meletak basikal ini, lebih baik kerajaan negeri membina tempat ‘meletak punggung’ di kawasan berkenaan yang kerap dikunjungi orang ramai. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2