Rakyat Sarawak Masih Memerlukan Adenan Satem

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berlangsung, semua parti termasuk parti pembangkang bertungkus-lumus mempersiapkan jentera untuk memenangi pilihan raya tersebut.

Namun begitu, menjadi tanda tanya adakah parti pembangkang atau lebih dikenali Pakatan Harapan (PH) yakin bahawa mereka mampu menarik undi rakyat Sarawak untuk menawan negeri bumi Kenyalang itu???

Seperti sedia maklum bahawa pembangkang memasang impian untuk menawan negeri itu, namun mampukah pembangkang menguasai negeri itu selepas rakyat Sarawak sendiri menghalang beberapa pemimpin pembangkang untuk masuk ke negeri itu.

Halangan terhadap pemimpin pembangkang ini dibuat kerana rakyat Sarawak menyedari bahawa pemimpin pembangkang ini merupakan kaki menipu, kaki menghasut dan tidak menjaga kelakuan ketika berada ditempat orang.

Ramai tidak tahu termasuklah pemimpin pembangkang sendiri, bahawa rakyat Sarawak mempunyai hak keistimewaan untuk tidak membenarkan sesiapa yang tidak disukai untuk memasuki negeri kelahiran mereka.

Oleh disebabkan pemimpin pembangkang tidak tahu mengenai hak keistimewaan rakyat Sarawak, maka terdapat pemimpin pembangkang mula meroyan apabila rakan seperjuangan mereka tidak dibenarkan memasuki negeri itu.

Lagipun, rakyat Sarawak masih memerlukan Ketua Menteri Sarawak kini, Tan Sri Adenan Satem untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri kerana banyak perubahan dan pembangunan yang dibawa oleh Adenan ke negeri itu.

Selain itu, rakyat Sarawak juga masih memerlukan Adenan, kerana Ketua Menteri Sarawak itu begitu rapat dan dekat dengan hati rakyat berbanding pemimpin pembangkang yang hanya mendekati rakyat ketika menjelang PRN. – AndyBolat//Utaranews.com

ep2p-2