Rakyat Kedah Tunjuk Kebodohan Dengan Terbalikkan Bendera BN

Memalukan dan sangat-sangat mengaibkan… Rakyat Kedah dengan secara tidak sengaja menunjukkan kebodohan mereka kepada umum, apabila bertindak menterbalikkan bendera Barisan Nasional (BN) di  beberapa persekitaran jalan utama di Kedah.

Tindakan beberapa rakyat atau penyokong tegar Mukhriz Mahathir itu jelas menunjukkan bahawa mereka berfikiran tidak matang dan berperangai kebudak-budakan. Tindakan tersebut konon sebagai tanda protes terhadap perletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Namun begitu, ada yang mendakwa Pas Kedah sekarang ini sedang bergembira kerana mengangap bahawa tindakan terbalikkan bendera BN oleh macai Mukhriz itu menunjukkan bahawa mereka kini kembali menyokong parti pembangkang.

Sebenarnya Pas hanya perasan dan terlalu percayakan khabar angin tersebut. Menurut Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin, kejadian bendera BN ‘dikalih’ oleh rakyat Kedah itu hanya menunjukkan tanda protes atau merajuk di atas tindakan Mukhriz meletak jawatan.

Bukannya bermaksud rakyat Jelapang Padi itu menentang sepenuhnya pentadbiran kerajaan BN dan beralih arah kepada parti pembangkang. Jelas menunjukkan pembangkang terlalu gelojoh membuat andaian. Di tambah pula apabila Anina menuduh kepimpinan BN kini mengamalkan prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja).

“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya.

Mungkin mereka-mereka ini masih mahu melawan takdir, tidak dapat terima kenyataan bahawa Menteri Besar Kedah sekarang ini adalah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bukannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ada dakwaan yang menyatakan ‘kerja-kerja’ terbalikkan bendera BN dilakukan oleh pemimpin dari akar umbi sebagai tanda penolakan mereka terhadap kepimpinan baharu. Tuduhan Ainina tersebut bukan bermakna dia menyokong Mukhriz sepenuhnya, namun cuma ambil hati… Hmmm, mungkin la.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

“Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ainina sempat menggelarkan pemimpin-pemimpin BN sedia ada sebagai penakluk yang sedang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan material. Langsung tidak senadi dengan rakyat, malah Ainina merasakan dirinya lebih mulia dan suci daripada pemimpin lain. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small