Polis Singapura Mengorak Langkah Lebih Maju, Memakai Kamera Dibadan

Nampaknya polis di Singapura mengorak langkah yang lebih maju, apabila memakai kamera pada badan untuk menjaga keselamatan di negaranya.. Rasanya pelaksanaan memakai kamera di badan ini, sudah bermula sejak beberapa hari yang lepas..

Whoaaaaa! Hebat tapi bagaimana fungsinya kamera yang dipasang pada badan ini?? Adakah ia akan menjadi kerja polis lebih mudah untuk membanteras jenayah yang sedang berlaku..

Kamera yang dipakai pada badan ini akan membantu siasatan polis dan pengumpulan bukti.. Ini kerana ia akan melengkapkan kaedah forensik yang sedia ada untuk membolehkan polis untuk simpulkan apa yang sebenarnya berlaku pada sesuatu insiden.

Fungsi kamera tersebut yang dipasang di bahagian depan pada seragam baju polis membolehkan ia merakam audio dan video.. Kamera itu akan dihidupkan dan berada dalam mod rakaman apabila pegawai polis menjalankan tugas diorang..

Namun pegawai polis juga akan mempunyai budi bicara untuk menghentikan rakaman dalam keadaan tertentu.. Sebagai contohnya, apabila berurusan dengan mangsa kesalahan seksual.. Yela, itu kan agak sulit untuk dirakamkan..

Selain itu, ia ada perlindungan dan mempunyai had juga.. Bukan semua hasil rakaman akan disimpan, ia akan dihapuskan selepas 31 hari dari tarikh rakaman kecuali ia diperlukan untuk membantu polis dalam melakukan sesuatu siasatan..

Memang menarik pelaksanaan memakai kamera pada seragam polis ini, tapi agaknya di Malaysia bila lagi nak mengikuti langkah Singapura ek?? – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small