PKR Nak Pasang Banner #BebasAnwar Di Seluruh Negeri??

Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti gembira dengan tindakan mereka yang memasang banner #BebasRakyat #Bebas Anwar. Mungkin mereka fikir bahawa rakyat terima dengan hati yang terbuka dan redha, dengan tindakan yang dilakukan tersebut.

Jika sebelum ini dimaklumkan banner tersebut bersepah di kawasan Pulau Pinang, kali ini banner tersebut dilihat banyak dinaikkan di sekitar kawasan negeri Selangor pula. Menyokong penuh tindakan tersebut, Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafiei beranggapan bahawa tindakan tersebut bagi mengingatkan rakyat terhadap Anwar Ibrahim.

Shuhaimi juga berkata, tindakan tersebut bukanlah satu kesalahan malah mereka merasakan bahawa Anwar disumbat masuk ke dalam penjara bukan disebabkan oleh kesalahannya meliwat, tetapi kerana menjadi mangsa tahanan politik.

Anwar sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun bermula Februari tahun lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya. Tindakan PKR memasang banner muka Anwar, bukan sahaja keterlaluan.., malah seperti menghina keputusan mahkamah.

Tambah Shuhaimi, tindakan tersebut adalah bagi membawa semangat Anwar bersama-sama rakyat untuk ‘menegakkan’ keadilan. Keadilan la sangat, padahal korang nak raih simpati rakyat supaya Anwar dibebaskan.

“Tidak ada isu berkaitan mencabar keputusan mahkamah, ianya suatu kempen membawa rakyat bersama dengan semangat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Penggunaan papan iklan adalah dengan kebenaran pihak berkuasa. Penggunaan logo parti adalah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut,” kata Shuhaimi.

Entah bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan dan membenarkan banner tersebut dipasang. Malah Shuhaimi memberi amaran jangan ada sesiapa berani menghalang tindakan tersebut. Mungkin lepas ni dorang nak pasang dekat negeri lain pulak kot.

“Kerajaan negeri melalui PBT juga tidak pernah menyekat papan tanda anggota BN seperti yang ada di Sabak Bernam.

“Bahkan papan tanda dan iklan politik 1Azam berada di mana-mana di Selangor. Kerajaan negeri percaya kepada kebebasan maklumat dan mempertahankan hak itu,” tegas Shuhaimi.

Apa susah, laporkan je kepada pihak berkuasa selesai masalah. Banner tersebut bukan sahaja tiada motif, malah merugikan wang rakyat. Harus la dorang menggunakan wang rakyat untuk buat semua ni, tak kan wang Anwar pulakkan?? – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2