Pernahkah Anak Dara Mukhriz Rasa Hidup Seperti Orang 'Ceqok Hulu'???

Kalau sebut je pasal pemimpin berjiwa rakyat, orang-orang Kedah mesti akan tuju khas kepada Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Berjiwa rakyat sangat ke dia tu?? Atau lepas kena buang baru terhegeh-hegeh nak berjiwa rakyat?? Tapi takpe sebab persoalannya sekarang ini adalah anak dara Mukhriz, si Meera Alyanna.

Kalau setakat bapak je yang berjiwa rakyat tetapi anak berjiwa oversea, acah-acah minah salleh celup buat apa kan?? Nak harap bapak je yang mainkan drama hebat, kononnya low profile dan hidup ala kadar macam rakyat biasa. Tapi anak?? Perhhhhhh, bukan main lagi life macam bukan orang ‘Melayu Islam’ dah.

Acah-acah je nak jadi ahli politik berjiwa rakyat macam bapak dia, padahal Malaysia ni baginya macam tempat singgahan untuk bermalam ja.. Alaaaa, macam hotel tuuu.. Duduk pun kejap-kejap je. Lepas tu blahhhh pergi oversea.

Macam tu ke perangai seorang anak pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat?? Puiiiiiii!!! Cakap je pandai macam dengan dia tu beranak dalam kampung ‘ceqok tok kun’, hidup membesar dalam kampung pendalaman.

Nak tanya sikit, si Ally nama manja anak Mukhriz ni pernah ke shopping di Aman Central?? Shopping mall yang dibanggakan rakyat Kedah tu?? Mesti tak pernah kan… Entah-entah nak pijak lantai Aman Central tu pun dia geli, balik samak kaki mungkin.

Yela orang yang ‘hot’ dan kaya macam Ally ni, mana layan kalau setakat Aman Central tu. Mungkin baginya shopping mall tu sesuai untuk orang-orang kampung je. Tengok jela Instagram dia, shopping kat United Kingdom, Paris, Dubai. Perhhhhhhh, dahsyat doe!! Korang hadoooo??

Kalau setakat korang rasa kaya sebab boleh beli baju jenama Uniqlo atau H&M, Gomez rasa bagi Ally jenama ‘terkenal’ tu dia buat kain lap kaki je, tak pun buat sapu berak kucing dia.. Hahaha!

Lagi satu, pernah ke korang nampak si anak dara Ally ni melepak kat warung tepi jalan?? Paling senang pernah ke nampak dia makan kat kedai nasi kandar mamak Yasmeen atau Haji Ali?? Atau Pokok Ceri ke kan. Of course tak pernah!! Si Ally ni cuma layan café-café dan restoran mewah setaraf 4 bintang dan ke atas sahaja.

Biasa la anak orang kaya berjiwa rakyat, mana layan kedai mamak.. Geli tekak bebbbb!! Kalau makan pun mungkin muntah balik kot. Si Ally ni layan restoran mewah bukan kat dalam Malaysia saja okey, tapi di oversea tau! Tengok gambar Instagram dia!! Semua makan kat restoran mewah uolsss, dan ada satu gambar sambut Valentine kelmarin tu menu tertera kat dinding jelas nampak tulisan ‘Pork’.

‘Babi’?! Si Ally ni memang suka makan dekat kedai non-halal ke?? Biasa la kat oversea kan susah nak cari kedai makan yang halal… Opssss, silap restoran mewah okey bukan kedai. Walaupun dia tak makan babi, mungkin la tak makan tapi makan kat restoran yang hidangkan menu babi pun macam, ermmmmmm! Korang fikir la sendiri.

So conclusion dia, tak payah la nak banggakan Mukhriz si berjiwa rakyat tu sangat, kalau anak dia pun berjiwa minah salleh celup! Acah-acah berasal dari luar negara, padahal entah-entah beranak celah pokok pisang belakang rumah. Hehehee, jangan marah! Cer korang tanya si Ally ni, pernah ke dia ke Naka atau Nami?? Entah-entah Nami pun dia tak tahu kat mana.

Eksyen je lebih, padahal tak pernah pun lalui hidup sebagai seorang rakyat yang betul-betul berasal dari pendalaman. Setakat ulang alik balik Alor Setar ke Kuala Lumpur je, baik tak payah. Balik Alor Star pun setakat duduk terperap je dalam ‘Istana Mentaloon’ tu, puihhhhh!! – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small