Perisik Mesir Dipenggal IS

Cabang militan IS Mesir menyiarkan gambar di media sosial yang dinyatakan sebagai pelaksanaan hukuman bunuh ke atas dua lelaki yang didapati mengintip untuk pihak tentera di Semenanjung Sinai.

Seorang daripada mereka yang dihukum pancung itu dikatakan seorang “pengintip perkhidmatan perisikan tentera” manakala seorang lagi “pengintip bagi tentera darat”.

Gambar terbabit yang diedarkan menerusi Twitter malam tadi dianggap sahih oleh Kumpulan Perisikan SITE Amerika Syarikat (AS).

Sekutu IS itu melancarkan pemberontakan di semenanjung bergolak yang mengorbankan ratusan askar dan polis sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013.

Pemberontak itu berkata mereka bertanggungjawab menjatuhkan pesawat penumpang Russia yang membawa pelancong melalui ruang udara Sinai yang mengorbankan semua 244 penumpang dan anak kapal Oktober tahun lalu.

IS menyatakan mereka menyeludup bom ke dalam pesawat terbabit di lapangan terbang di selatan semenanjung itu.

Pejuang Sinai menyatakan ikrar taat setia kepada IS pada November 2014 yang mengawal sebahagian wilayah di Iraq dan Syria. – AFP

ep2p-5small