Pembangkang sokong Mukhriz di Kedah kerana dia LEMAH.

Kemelut Menteri Besar Kedah yang sedang berlaku mendapat perhatian semua pihak, memandangkan pemangku jawatan terbabit merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai penyokong-penyokong Mukhriz dan Mahathir menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad untuk terus kekal sebagai Menteri Besar, walaupun beliau sering berada diluar negeri Jelapang Padi itu.

Pemimpin pembangkang juga tidak melepaskan peluang untuk mempertahankan Mukhriz sebagai Menteri Besar, kerana mereka telah melihat peluang yang terhidang seandainya Mukhriz dikekalkan.

Walaupun mendapat sokongan pemimpin pembangkang, Mukhriz  perlu sedar mengapa pemimpin pembangkang menyokong dirinya untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah walaupun telah mendapat persetujuan banyak pihak untuk beliau disingkirkan

Sebagai pemimpin pembangkang yang dianggap musuh oleh parti pentadbiran kerajaan, sudah pasti mereka akan menyokong musuhnya yang lemah untuk terus mengekalkan jawatan disandang bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang terhidang.

Mana ada musuh yang menyokong pihak lawannya yang kuat untuk terus kekal… Sudah pasti mereka menyatakan sokongan kepada lawannya yang lemah… Ini merupakan strategi mudah mereka untuk memenangi Kedah pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU).

Oleh yang demikian, seandainya Mukhriz menyayangi rakyat Jelapang Padi dan mahu melihat negeri itu terus ditadbir oleh BN pada PRU akan datang dan seterusnya, Mukhriz haruslah menyokong pemimpin lain yang lebih berkelayakan.

Jangan hanya disebabkan kemelut kepercayaan kepada Perdana Menteri yang menjadi sasaran serangan Mukhriz dan ayahnya, Umno dan BN akan menerima padah pada PRU akan datang, sekaligus membuka ruang kepada pembangkang untuk menawan Kedah semula. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2