PAS Bakal Terkubur Kerana Ramai Ahlinya Akan Sertai Amanah??

Sejauh manakah kebenaran bahawa ahli Pas lebih cenderung untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN) seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub sekaligus menyangkal dakwaan Pas bahawa ahli PAN bakal kembali menyertai kem parti Islam terbesar itu??

Adakah dengan dakwaan Salahudin yang mengatakan ahli Pas lebih cenderung untuk menyertai PAN membawa makna, Pas bakal terkubur tidak lama lagi sebagaimana terkuburnya Pakatan Harapan (PR)??

Menurut Salahudin, dakwaan Pas kononnya ahli PAN mahu kembali ke pangkuan Pas itu tidak benar sama sekali, kerana hakikat yang sebenarnya adalah ahli Pas sedang menunggu masa untuk menyertai PAN.

Salahudin berkata, ahli Pas kini lebih cenderung untuk menyertai PAN dan hanya menunggu masa yang sesuai kerana perjuangan Pas sudah jauh tersasar daripada laluan yang sebenar.

Malahan, Salahudin turut mengatakan Pas kini dalam keadaan takut dengan penubuhan PAN apabila parti Islam itu mengenakan peraturan yang lebih ketat terhadap ahlinya dengan melarang mereka untuk menghadiri ceramah anjuran PH.

Agak kehairanan apabila pemimpin PAN sering mengatakan ramai ahli Pas cenderung untuk mengikut parti Mat Sabu itu, dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyertai.

Mengapa perlu menunggu masa yang sesuai sedangkan hati sudah tidak lagi memihak kepada Pas?? Seandainya hati seorang ahli itu sudah tidak bersama parti disukainya, sudah pasti ahli tersebut akan ‘move on’ tanpa menunggu masa.

Jadi, ini jelas bahawa pemimpin PAN terdesak untuk mendapatkan ahli dan terpaksa mencuri ahli Pas untuk mengukuhkan sokongan parti yang tidak sampai setahun jagung itu.

Menyentuh mengenai peraturan yang dikenakan parti Islam itu, rasanya tidak salah Pas mengetatkan lagi peraturan dengan tidak mengizinkan ahlinya untuk menyertai ceramah PAN… Ini kerana sudah terbukti bahawa PAN sering menghasut mana-mana pemimpin parti untuk menyertai parti acuan DAP itu. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small