Mukhriz Paksa Adun Kedah Minta Maaf

Atas kesalahan apa 14 ketua bahagian Umno Kedah perlu minta maaf kepada pihak Istana dan Sultan Kedah?? Sehingga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaksa 14 Adun yang dianggap ‘pemberontak’ ini melakukan perkara sedemikian. Teruk sangat ke ‘kesalahan’ yang dimaksudkan Mukhriz tu??

Agak melucukan kerana krisis politik Kedah dijangka bakal berakhir hari ini, kerana awal pagi ini kesemua Adun UMNO bakal mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah seperti yang dititahkan Istana. Tetapi tiba-tiba Mukhriz mendakwa Sultan ‘murka’ dengan 14 Adun ini dan memaksa mereka meminta maaf.

“Tindakan 12 ketua bahagian dan 2 timbalan ketua bahagian mengheret sama ketua sayap dan pemimpin muda Umno mengadakan sidang media di Alor Star pada 20 Januari lepas adalah tidak bertanggungjawab.

 “Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutan ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah,” kata Mukhriz dalam satu kenyataan dua hari lepas.

Sebelum ini ada desas desus menyatakan Sultan ‘murka’ terhadap tindakan 14 Adun UMNO yang tidak bertanggungjawab telah mengadakan sidang media bagi menyuarakan penolakan pentadbiran Mukhriz, ketika negeri Kedah sedang mengadakan persiapan bagi menyambut Hari Keputeraan baginda, itu dakwaan Mukhriz sebelum ini.

Mukhriz turut menganggap perbuatan itu adalah satu penghinaan terhadap Sultan. Persoalannya betul ke Sultan murka?? Sebelum ini takde pun mana-mana pihak istana yang mewakili Sultan keluarkan kenyataan apa-apa, tetapi Mukhriz pula pandai-pandai keluarkan kenyataan bagi pihak Sultan, nak bodek Sultan ke??

Namun semalam, apabila Mukhriz diminta mengulas mengenai dakwaannya ini dia mengelak. Pelikkkk?? Adakah khabar angin Sultan ‘murka’ sengaja diada-adakan oleh Mukhriz bagi menegangkan lagi suasana?

Sedangkan pihak Istana tak pernah pun mempersoalkan tindakan tersebut, malah lebih terbuka untuk mengetengahkan isu ini. Entah dari mana datangnya idea tolol ini, siap paksa suruh mintak maaf lagi. Mungkin Mukhriz lupa bahawa orang bawahan juga berhak untuk suarakan ketidakpuasan hati mereka, itu baru namanya kepimpinan demokrasi.

Lagipun sidang media itu langsung tidak mengganggu persiapan yang sedang dijalankan malah jauh dari kawasan tersebut. Nak kata ada pemberontakan yang berlaku sehingga menggangu persiapan tu tidak pula. Jadi apa masalah Mukhriz ni?? Sudah habis modal mungkin.

Tambah Mukhriz, Sultan turut murka dengan tindakan 6 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat mingguan Rabu lepas. Katanya Sultan ‘murka’ sebab ingkar pada arahan Mukhriz dan tidak hadir mesyuarat, iyeke??

“Ini jelas sekali menyalahi peraturan lantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan raja pemerintah, seperti termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah,

“Saya dimaklumkan Sultan Kedah turut murka dengan keingkaran exco Kedah berkenaan,” katanya.

Ooooo… Sebab tu la Mukhriz paksa semua orang bawahannya yang ingkar dengan arahan yang dia berikan supaya memintak maaf kepada Sultan sebab Sultan sudah ‘murka’. Tapi hairan apabila pihak Istana takde pun keluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.

“Saya mendesak agar semua 14 ketua bahagian yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dengan sidang media pada 20 Januari lalu, dan enam exco yang tidak hadir ke mesyuarat pada 27 Januari segera memohon maaf kepada Sultan Kedah dan pemangku Jemaah Sultan Kedah,” katanya. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2