Mukhriz Bagi Bayangan Negeri Kedah Akan Dapat MB Baru??

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjanji, akan tetap memberi tumpuan mengangkat martabat rakyat negeri ini walau dalam apa jawatan sekali pun selagi rakyat Kedah perlukannya.

Mukhriz berkata, selepas ini apa juga kesudahan biarlah jadi pemimpin yang berintergriti dengan memberi tumpuan kepada kehendak rakyat, termasuk kemungkinan menurunkan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) kepada tiga peratus bagi meringankan kos sara hidup.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah dan Sungai Ara FC, di Stadium Darul Aman semalam. Turut hadir Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar.

Ucapannya itu dilihat memberi bayangan akan berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan negeri Kedah dalam masa terdekat.

Malah beliau juga meminta pemimpin akan datang memberi tumpuan kepada sukan bola sepak, kerana Kedah sudah menunjukkan aksi luar biasa dan biarlah sampai ke puncak pada musim 2016.

ep2p-5small