Majlis Bridal Shower Syatilla Melvin Dihentam Netizen

Inilah satu budaya artis-artis tempatan kita ni tau, cukup suka mengagung-agungkan budaya luar.. Ada saja majlis-majlis baru yang dorang akan buat.. Kononnya nak mengikut budaya barat, kalau sebelum ini hanya pernah dengar nama majlis seperti Baby Shower..

Terbaru, pelakon yang bakal mendirikan rumahtangga dengan pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin telah diraikan dalam satu majlis ‘Bridal Shower’ yang dianjurkan oleh rakan-rakannya.. Kononnya, nak tiru ala-ala barat punya majlis la..

Kat barat dorang buat ‘Stag and Hen Party’, kat Malaysia buat majlis ‘Bridal Shower’.. Majlis ini dibuat untuk meraikan bakal pengantin sebelum sah bergelar isteri orang.. Ok fine, ikut budaya barat orang akan pandang anda adalah seorang yang hebat kot..

Gambar dan kemeriahkan majlis ‘Bridal Shower’ ini telah dikongsikan kat laman sosial.. Tetapi, nampaknya ramai yang kurang senang dengan majlis ini.. Hentaman hebat telah diterima oleh Syatilla.. Mana ada orang suka, dah Melayu tu buat jelah cara melayu..

Tengok Akim dan Stacy, nak kahwin juga.. Relek je Miss A tengok dorang.. Tak ada pulak buat majlis ‘Bridal Shower’ ini bagai.. Kot ya pun excited sangat nak berkumpul dengan rakan-rakan, buat jelah majlis malam berinai..

Stacy mungkin kalut sangat buat persiapan perkahwinan, itu yang tak sempat buat majlis-majlis macam Syatilla.. Almaklumlah dia kan dapat tajaan RM25 juta, itu yang tak sibuk uruskan persiapan kahwin.. Hahaha.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small