Liza HotFM Dan Suami Selamat Dinikahkan

Dengan sekali lafaz, penyampai radio HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairil Anuar Mohd Ghany dalam majlis ringkas di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, sebentar tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Sungai Soi, Mohd Asri Abu Bakar di hadapan lebih 50 tetamu kira-kira jam 9.55 pagi.

Liza yang anggun menggayakan sepersalinan berona putih kelihatan mengesat air mata sejurus lafaz nikah disahkan

Mohd Khairil kemudiannya memakaikan Liza gelang tangan sebagai simbolik upacara membatalkan air sembahyang.

Turut menemani Liza sepanjang majlis berkenaan berlangsung adalah rakan seperjuangannya, Fara Fauzana dan Fizee.

Majlis persandingan dijangka akanh bermula kira-kira jam 12 tengah hari  tadi.
.

ep2p-5small