Liam Neeson Bercinta Dengan Wanita Muda, Pelakon Twilight?

Itulah industri hiburan Hollywood, selebriti tua dan muda bercinta atau berkahwin adalah satu perkara biasa.. Kalau kat Malaysia, kes macam ini memang satu perkara yang agak mengejutkan.. Mahunya tak terkejut, kekasih dah sama umur dengan ayah sendiri kot..

Pelakon veteran yang cukup terkenal menerusi filem ‘Taken’ iaitu Liam Neeson didakwa sedang bercinta dengan heroin filem Twilight, Kristen Stewart.. Kontroversi ini mula timbul bila Liam mengaku dirinya kini sedang bercinta dengan seorang wanita yang tersangat popular di Hollywood, namun tak mendedahkan identiti kekasihnya itu..

Sejak kematian isterinya akibat kemalangan ketika bermain ski pada tahun 2009, Liam sudah lama hidup menduda.. So bila dia menjalinkan hubungan cinta, ramai peminatnya yang sangat gembira..

Tapi, perbezaaan umur yang sangat ketara antara dua selebriti ini memang tak dapat diterima baik.. Miss A rasa Liam ni dah boleh jadi pangkat atuk-atuk dah pada Kristen ni wei.. Hakikatnya, ‘Cinta itu Buta’, hehe..

Apapun, kat Hollywood benda apa saja yang kita rasa pelik.. Bagi dorang itu adalah perkara normal.. Walaupun dah berumur penampilan dan fizikal Liam masih lagi sihat dan macho.. Poket pun tebal, wanita mana yang tak mahu bercinta dengan Liam.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small