Lelaki Melayu Lebih Sesuai Dengan Siti Saleha

Kadang-kadang, Miss A sendiri tak faham dengan artis-artis wanita kat Malaysia ini.. Punya ramai lelaki Melayu kat Malaysia ini, nak juga dipilih lelaki luar jadi ‘pujaan hati’.. Paling banyak Miss A tengok, artis wanita suka bercinta atau berkahwin dengan ‘Mat Salleh’..

Terbaru, pelakon Siti Saleha turut jadikan ‘lelaki pujaan’ dari kalangan ‘Mat Salleh’.. Tapi, hubungan yang terjalin selama dua tahun dengan seorang lelaki Eropah telah pun berakhir beberapa minggu lalu..

Sampai buatkan Siti Saleha ‘Jiwa Kacau’ juga lah bila putus dengan lelaki Eropah tu.. Lagipun dorang ini bercinta jarak jauh.. Walaupun lelaki itu tinggal di Malaysia, tapi dia selalu berada di luar negara atas urusan kerja.. Memang selalu dah dengar kisah cinta jarak jauh tak berkekalan..

Dari hasil penyiasatan Miss A kekasih-kekasih Siti Saleha, kesemuanya bukan rakyat tempatan.. Kesemuanya adalah lelaki oversea.. Tak tahu la kenapa tak ada lelaki Melayu..

Haa.. Dah hubungan dengan kekasih ini juga tak berjaya, Miss A rasa mungkin Siti Saleha boleh cuba mendampingi lelaki-lelaki Melayu pula kot..

Lelaki Melayu pun ramai yang baik-baik, berhati mulia dan romantik tau.. Belum cuba belum tahu lagi, dah cuba.. Silap-silap sampai ke jinjang pelamin terus.. Hehehe.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-2