ong kim sweePengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berdepan kesukaran sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia berdepan Arab Saudi 24 Mac depan, selepas tidak dapat mengadakan aksi persahabatan seperti yang dirancangnya sebelum ini.

Kim Swee tidak dapat mengatur aksi persahabatan akibat kepadatan jadual Liga Malaysia serta aksi Piala AFC, membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor.

Saingan Piala AFC berlansung pada 15 dan 16 Mac, manakala peringkat suku akhir Piala FA berlansung pada 18 dan 19 Mac.

Bagi Kim Swee, penyelesaian terbaik adalah untuk membawa barisan negara terbang awal ke Jeddah.


“Kita perlu ke Jeddah lebih awal untuk perlawanan persahabatan di sana dan tidak mahu menghabiskan masa yang banyak,” kata Kim Swee.

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Melaka ini tidak menolak kemungkinan memanggil semula Norsharul Idlan Talaha menguatkan jentera serangan skuad kebangsaan.


Kim Swee akui berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan bekas pemain Kelantan itu, selepas dua aksi Liga Super bersama Terengganu musim ini.

“Norshahrul adalah pemain yang berpengalaman di peringkat antarabangsa dan jika dia terus membarisi kesebelasan utama pasukan Terengganu, slot bersama pasukan kebangsaan terbuka buat dirinya.