Khabar Sedih Untuk Peminat Bola Sepak Malaysia!!!

Peminat-peminat bola sepak sukan tempatan, pasti ramai yang tak sabar nak menyaksikan bola sepak Liga Malaysia untuk musim ini kan? Kalau ada siaran langsung bola je confirm ramai yang dok terpacak depan TV..

Tetapi, Miss A telah mendapat berita yang agak menyedihkan buat peminat bola sepak, bila pihak RTM tidak akan lagi buat liputan siaran langsung bola sepak liga Malaysia untuk musim ini..

Menerusi laman Twitter milik pengacara RTM menggunakan akaun @NurulFatiha08, dia telah memuatnaik satu status memaklumkan perkara itu.. Disebabkan tweet itu juga, ramai rakyat Malaysia, terutamanya peminat bola sepak tanah air berasa sedih dengan berita itu..

Almaklumlah, RTM memang sangat terkenal dari zaman berzaman, selalu membuat liputan siaran langsung bolasepak liga Malaysia.. Tiba-tiba dah tak buat liputan, kat mana lagi rakyat nak tengok aksi-aksi pemain Malaysia bermain bolasepak secara siaran langsung.. Pakat-pakat pergi stadium bola la lepas ni.. Hehehe…

Apapun, Miss A sendiri tak tahu sebab apa perkara ini berlaku.. Pihak RTM juga dalam perbincangan, sama ada akan buat rancangan rangkuman untuk liga Malaysia atau tidak.. Bertabahlah wahai hati peminat bolasepak Malaysia.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2