Harga Getah Dan Sawit Jatuh Disebabkan Mukhriz??

Hairan betul dengan seorang pemimpin Pas ni… Ada saja nak sibuk pasal parti orang lain… Parti sendiri dah cukup bagus ke yang sibuk hal parti lain ni?? Atau Datuk Seri Mahfuz Omar ni merupakan pemimpin ‘lalang’ dalam Pas??

Bila Umno Kedah bersetuju untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, Mahfuz sibuk mempertahankan Mukhriz dan turut serta dalam himpunan kekalkan Mukhriz.

Yang hairannya, beliau seorang sahaja pemimpin Pas yang menyertai himpunan itu… Tiada pemimpin Pas lain yang turut serta bersama Mahfuz untuk mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Mahfuz bukan sahaja hadir untuk menyatakan sokongan, tetapi turut bersuara mempertahankan Mukhriz sebagai Menteri Besar dengan mengatakan adakah harga minyak kelapa sawit dan harga getah akan meningkat sekiranya Mukhriz digantikan.

“Apakah menggulingkan Mukhriz sebagai Menteri Besar akan mendatangkan manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Apakah harga getah dan kelapa sawit akan meningkat? Apakah dengan gugurnya Mukhriz sebagai MB akan selesaikan segala masalah beban kos sara hidup rakyat?” soal Mahfuz.

Memang padanlah dengan gelarannya sebagai ‘badut’ Pas yang diberikan orang ramai kepada Mahfuz… Rasanya Mahfuz lebih layak untuk berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan, kononnya untuk mempertahankan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Mungkin penyingkiran Mukhriz tidak menjamin kenaikan harga minyak kelapa sawit dan harga getah, namun percayalah dengan penggantian kedudukan Mukhriz akan meningkatkan semula kadar barangan atau nilai ringgit yang jatuh.

Pasti ramai tertanya-tanya apa kaitan kenaikan semua ini dengan penyingkiran Mukhriz… Kaitannya adalah, kita dapat melihat Muhkriz tidak menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri yang telah membantutkan pergerakan Najib untuk mengukuhkan kerajaan pusat.

Bagi mengukuhkan kerajaan pusat dan mengembalikan kedudukan ekonomi negara, seorang Perdana Menteri itu perlulah mendapat sokongan penuh oleh semua jemaah menteri termasuk Menteri Besar dibawah pentadbirannya.

Rasanya, Mahfuz perlu disingkirkan Pas dalam masa terdekat kerana menyatakan sokongan terhadap pemimpin parti lain, berbanding kepada parti sendiri… Jangan disebabkan Pas menyimpan ‘badut’ ini, Pas terus dijadikan bahan lawak dan dikritik para nitezen dan pengundi!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small