Gempar!! Tukang Masak Terkenal Dunia Bunuh Diri

Menggemparkan! Seorang yang terkenal dan diiktiraf sebagai tukang masak terbaik dunia, telah mengakhiri hidupnya dengan menembak diri sendiri kerana terlampau sedih, dan tak dapat menerima hakikat yang bapa dan mentornya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas..

Tukang masak tersebut ialah Benoit Violier, 44 di lahirkan di Perancis dan menetap di Switzerland ditemui mati akibat bunuh diri, Benoit merupakan bapa kepada tiga anak dan memiliki tiga buah restoran di Switzerland.. Benoit dipercayai membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri..

Kariernya sebagai tukang masak meningkat dari setahun ke setahun, dia dinamakan sebagai ‘Chef Of The Year’ pada 2013 oleh Gault & Millau.. Dikenali sebagai pemburu kerana terkenal dengan menggunakan barang tempatan dan produk bermusim..

Pada bulan September yang lalu, Benoit ditemuramah dalam sebuah majalah.. Benoit mengatakan kematian bapa dia dan mentornya, Rochat itu sebagai memilukan kerana kehilangan dua insan penting dalam hidupnya..

Itu lah jadinya kalau orang itu berfikiran pendek, merasakan hidup dah tak berguna lagi kalau insan yang diorang amat sayangi dan hormati dah tak ada dalam hidup.. Diorang fikir dengan bunuh diri, diorang akan bersama dengan insan tersayang ‘di dunia’ satu lagi.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small