Filem Boboiboy Boleh Tandingi Filem Upin & Ipin?

Memang di akui filem tempatan dah bagus dari dulu, kalau dulu banyak je filem tempatan yang merepek dan tak masuk akal ditayangkan di pawagam.. Sekarang, dah banyak filem-filem yang bagus dan setaraf dengan filem Hollywood di tonjolkan pada penonton..

Contoh yang paling ketara adalah filem ‘Ola Bola’ yang ditayangkan 18 hari dah berjaya mengutip RM 12 juta.. Nampaknya rakyat tempatan dah mula bagi support kat filem tempatan.. Terbaru, akan muncul pula satu lagi filem tempatan dalam bentuk animasi..

BoBoiBoy The Movie bakal di tayangkan kat pawagam pada 3 Mac 2016 ini.. Pada tahun 2009 lalu, filem animasi Upin & Ipin berjaya mengutip kutipan sebanyak RM3.7 juta selepas 11 hari tayangan.. Agak-agak berapa pula kutipan untuk filem animasi Boboiboi ni ye?

Teknologi dah semakin maju, mesti filem animasi Boboiboy ni makin gempakkan?? Walaupun filem animasi kartun, bukan kanak-kanak je yang boleh menonton.. Filem ini juga boleh ditonton oleh seisi keluarga, kalau filem animasi sebelum ini berjaya mendapat respon positif dari penonton.., tak mustahil filem animasi Boboiboy ni pun akan mendapat sambutan yang sama jugak..

Mesti filem animasi ini pun akan dapat support yang positif, Miss A tengok trailer pun dah menarik.. Nampak macam best, Miss A harap filem ini akan mencatatkan satu rekod kutipan box office.. Filem ni bukan saja  ditayangkan kat Malaysia, ia juga akan di tayangkan kat Indonesia.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-5small