fam-beri-amaran-kepada-bernhardtPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran kepada pengendali Skuad Projek 2017 Frank Bernhardt agar tidak membiarkan kemahuan peribadinya menambah jurulatih asing sebagai pembantu menjejaskan persiapan mencabar emas Sukan SEA.

Nadi Arena sebelum ini melaporkan perancangan Bernhardt untuk melantik Lars Hopp sebagai pembantu keduanya di samping Aminuddin Hussin.

Kemahuan Bernhardt yang ibarat berdegil ini mampu menjejaskan kemahuan Malaysia untuk merampas ibu segala emas apabila menjadi tuan rumah Sukan SEA nanti.


“Yang pasti kita memang meletakkan sasaran memenangi pingat emas di Sukan SEA 2017 kebetulan kita akan jadi tuan rumah jadi itulah perancangan kami,” jelasnya.

Affandi juga menegaskan,tiada jaminan terhadap permintaa Bernhardt ini apabila bakal dipanjangkan di peringkat jawatankuasa kerja antara, FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) Mac depan.

“Kita kena ingat bahawa perkara ini gandingan antara semua pihak jadi permintaan ini kami akan buat keputusan untuk menentukan permintaan Bernhardt,” jelasnya.

Afandi pada masa sama turut mengesahkan kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah Piala AFF menggantikan Filipina.

“Kami ada membuat permohonan untuk menjadi tuan rumah jadi kita tunggu jawapan tersebut,” katanya.