KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan nama pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas beliau melakukan jaringan ‘luar biasa’ mirip gol pemain Brazil, Roberto Carlos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.


“Pencalonan untuk gol terbaik FIFA perlu dibuat persatuan kebangsaan iaitu FAM, dan saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Muhd Amin bahawa FAM akan buat pencalonan untuk gol Mohd Faiz itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program ‘Moh Bedil’ di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

BACA: VIDEO GOL FAIZ SUBRI JADI ‘TRENDING’ SELURUH DUNIA

Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009 ialah anugerah untuk gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Sepakan percuma Mohd Faiz itu mengembalikan ingatan peminat bola sepak kepada gol jaringan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1998.

Comments

comments