FBL-ASIA2007-ENG-PR-MANUTD-FAMPemangku presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah sebulat suara bersama barisan exco FAM menolak permohonan perletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai presiden badan induk bola sepak berkenaan.

Tengku Abdullah yang sebelum ini dikhabarkan bakal merebut jawatan presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), telah menghantar surat untuk melepaskan kedudukannya sebagai presiden FAM pada November tahun lalu.

“Selepas berbincang tadi, kami sebulat suara menyatakan yang kami menolak hasrat Tengku Abdullah untuk meletak jawatan. Kami berasakan yang kami masih memerlukan kepimpinan baginda. Jadi kami berharap agar baginda terus kekal memimpin FAM.


“Pada masa sama, Jawatankuasa Eksekutif FAM akan menghadap Tengku Abdullah untuk menyampaikan keputusan yang telah dibuat itu,” kata Afandi.

Hasrat perletakan jawatan Tengku Abdullah disuarakan beliau sejak 7 September tahun lalu selepas kecewa dan sedih dengan kekalahan memalukan dalam sejarah bola sepak Malaysia yang tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu UAE, dalam saingan kelayakan Piala Dunia.

Tegas Afandi, badan induk berkenaan masih memerlukan khidmat Tengku Abdullah dan semestinya ketiadaannya akan dirasai walaupun baru sahaja memimpin FAM selama dua tahun.

Comments

comments