Dr B Sugumaran Hilangkan Diri Kerana Tekanan

Siasatan awal polis mendapati Dr B Sugumaran menghadapi tekanan dan ingin bersendirian tanpa memaklumkan lokasi dia berada kepada sesiapa pun.

Ketika rakaman percakapan oleh polis, dia mendakwa ingin bersendirian untuk seketika waktu bagi meredakan tekanan yang dialami.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dengan motif awal ini pihaknya menafikan kewujudan sebarang bentuk elemen jenayah dengan kehilangannya.

“Dia menghadapi kemurungan dan tekanan serta kita tidak tahu sebab apa, berkemungkinan masalah peribadi yang dihadapinya sendiri.

“Saya juga merakam penghargaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi dan semua yang terbabit dalam pasukan khas yang menyiasat kes kehilangan Dr Sugumaran sehingga membawa kepada penemuannya,” katanya.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Polis Daerah Dang Wangi melakukan penelitian yang mempunyai kaitan dengan doktor itu sehingga membawa kepada beberapa petunjuk.

ep2p-2